Tuesday, 3 April 2012

Keraguan INI...BerDAKWAH vs BELAJAR?


WELCOME back with ana. Alhamdulillah syukur pada Allah swt yang melimpahkan rezeki, hidayah dan nikmat iman,  dan islam, selawat dan salam buat junjungan NABI SAW serta  buat kita ummah islam ummat yang TERBEKKKK…  Alhamdulillah. Bercakap pasal berDAKWAH, ataupun menyeru samaada ahli kluarga kita, kawan2 kita, org yg terdekat dgn kita @ masyarakat diluar kita kepada kebaikan, itu adalah satu perkara yang MULIA, bukan? Ini di ibaratkan memberikan lilin yang bercahaya kepada mereka yang berada dalam kegelapan NAMUN andai ada angina yang meniup lilin tersebut, usah rapuh dan gusar teruskan usaha anda. Berbalik kepada berDAKWAH tadi, mungkin tanggapan masyarakat diluar sana pendakwah memang banyak berBERDAKWAH, betul? Tapi pernahkan kita fikirkan bahawa masyarakat kita juga akan berfikir bahawa Pendakwah ni banyak berdakwah TAPI BELAJAR Hampehhhh…  mungkin anda semua mengatakan alahhh kita tak leh tutup mulut orang, kita just nasihat tapi depend pada dia, tapi bagi ana mungkin apa yang difikirkan oleh masyarakat kita itu BENAR. Kita mesti menyeimbangkan aktiviti berdakwah dengan masa menuntut ilmu kita. Ana juga pernah menonton rancangan NASYID MINGGU INI Di TV 1, pada masa tu artis nasyid jemputan mereka ialah KUMPULAN UNIC, abang Bazli  and shbt2nya bgtau mereka berdakwah melalui lagu nasyid tetapi JANGAN DILUPA MENUNTUT ILMU adalah satu kewajipan , kerana mungkin masyarakat akan tanya Belajar macam mana?? Kalau kita lihat Tokoh2 islam dizaman Kegemilangan Islam Dulu, mereka juga berdakwah dan juga menuntut ILmu sehingga tersohor diseantero dunia dan menjadi acuan buat orang bukan islam. Sekarang Nampak , Bukan?  Saya hanya menulis sejarah mereka tetapi orang yang melakukan sejarah tidak pernah menulis sejarah mereka. Jadi segalanya sidah terbentang didepan mata, ambik IBRAH daripadanya  MAFHUM daripada Firman Allah swt: Mengembaralah kamu dimuka bumi ini, nescaya kamu akan mengambil IBRAH daripadanya. besides,kita gunakan ilmu itu sebagai cara untuk kita berdakwah pada orang lain. Barulah menepati maksud BELAJAR kerana ALLAH. Lagipun, memang fitrah manusia lebih mempercayai orang berILMU! Maka, mudahlah amar makruf nahi munkar dijalankan oleh golongan macam kita ni.Tambahan pula, dengan ilmulah, taraf umat Islam dapat dinaikkan, takdelah orang kafir nak pandang rendah pada umat kita. Jadi kepada semua sahabat2 ana, fikir2kanlah, ikhlaskan diri dalam menuntut ILMU dzaman yg penuh dgn mehnah, cabaran dan tribulasi ini. Moga Allah kuatkan semangat kita semua untuk sama2 berdakwah dan mengembalikan kegemilangan islam di muka Bumi Allah ini. Maafkan ana andai tersilap bicara, tersasur kalam, terkesat bahasa. Yang baik dari Allah swt, yang kurang khilaf diri ana. Wasalam. INGAT ALLAH.


Tuesday, 13 March 2012

Lau Kaana Bai Nanaa... Cara Memakai Serban: Secebis Sunnah Baginda SAW

Teman2ku bersama kita hidupkan sunnah Rasulullah SAW semampu daya kita, insyAllah itulah yang boleh mendekatkan kita kepada ALLAH SWT & RASULULLAH SAW..
SERBAN RASULULLAH SAW
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah SAW serta ciri-cirinya. Antaranya:
Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:
“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Daripada Jabir r.a dia berkata:
“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei  r.a.)
Sebenarnya Baginda  Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.
TEKNIK MEMAKAI SERBAN IKUT SUNNAH
Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata:
“Rasulullah SAW membulatkan serban di atas kepalanya dan dimasukkannya dari belakang. Kemudian dilepaskan dari hujung di antara kedua belikat Baginda SAW.” ( Diriwayatkan Al-Baihaqi r.a dan at-Tabarani r.a)
Namun begitu, terdapat juga guru yang menurunkan ijazah kepada murid-muridnya. Ia bergantung kepada sanad yang diberikan. Terkadang teknik pemakaiannya sedikit berbeza dari segi teknik, tetapi tetap mempunyai hujung serban yang dilepaskan ke belakang. Berikut merupakan ilustrasi pemakaian serban yang dipraktikkan oleh para ilmuwan Islam di Yaman.
Bercerita soal hujung ekor serban, sebenarnya ia mempunyai kisah disebaliknya. Cerita ini adalah mengikut pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a.


CERITA DI SEBALIK EKOR SERBAN
Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a. bahawa suatu ketika Rasulullah SAW terlambat menunaikan solat subuh sehingga mentari hampir terbit. Lalu Baginda SAW bersegera keluar untuk menunaikan solat subuh.
Seusai bersolat, Baginda SAW bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya: “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”
“Malam tadi aku bangun bersolat mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT,  kemudian aku merasa mengantuk lalu tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan.
Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”
Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”
Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu.
Selepas itu Allah SWT bertanya: “Adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”
Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”
Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”
Aku menjawab: “Membasuh anggota wudhuk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah dan menanti solat fardhu.”
Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”
Aku menjawab: “Menyedekahkan makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik, mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari ia dilahirkan ibunya.”
Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad SAW, engkau telah Berjaya, maka berdoalah.”
Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”
Allah SWT berkata: “Apabila engkau selesai solat, katakanlah:
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran, untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku, mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu, dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid; “Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.”
(Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih)
Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima Baginda SAW ketika bermimpi. Maka Baginda SAW meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya.
Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal) ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan Insha’Allah selama-lamanya.
Selamat beramal, dan jangan lupa juga untuk meneruskan kesinambungan SUNNAH TERBESAR Rasulullah SAW!

Perkara yang akan hilang dan tidak akan berguna (COVER BY MAULANAA)



PERKARA YANG AKAN HILANG & TIDAK BERGUNA ..

ILMU yang tak diamalkan..

PERBUATAN yang tak ikhlas..

HARTA yang tak dinafkahkan..

HATI yang tak diisi dengan cinta pada Allah..

BADAN yang tak mampu taat pada Allah..

CINTA yang tak diikat dengan keredhaan Allah..

WAKTU yang tak diguna untuk mendekatkan diri pada Allah..

FIKIRAN yang diguna untuk hal yang tak berguna..

LAU KAANA BAI NANAA... Ingin Sekali Aku menyuakan Makanan Kepadanya


KISAH 1 : Aisyah r.ha berkata : "Rasulullah saw pernah makan bersama enam orang sahabat Baginda. Tiba-tiba datang seorang Badwi dan ikut makan bersama mereka sebanyak dua suapan. Melihat hal itu, Rasulullah saw bersabda "Seandainya dia menyebut nama Allah , nescaya makanan ini cukup untuk kamu semua." (Riwayat Tirmizi, Ibn Majjah, Darimi, Ahmad dan Bagawi)

KISAH 2 : Jabir r.a berkata : " Suatu hari, aku menemui Rasulullah saw dan melihat buah labu dipotong-potong. Aku bertanya ; kenapa buah ini dipotong-potong? Baginda menjawab :" Untuk memperbanyakkan makanan kita." (Riwayat Ibnu Majah dan Nasai)

KISAH 3 : Anas bin Malik r.a berkata ."Rasulullah saw adalah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali disuakan makanan atau diundang dalam jamuan, aku selalu mengikuti dan menyuakan buah labu dihadapan Baginda kerana aku tahu Baginda menyukainya". (Riwayat Ahmad, Darimi, Nasa'i, dan Abu Daud)


Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt
membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam
sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita
boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan
tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah
jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala
atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi
darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir
keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam…
Sama-samalah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita, INSYAALLAH…….
WallahuA’lam 


kembali Senyum Arrijall... Alhamdulillah

alhamdulillah, kembali bersua ana dalam blog Nota Hati Seorang Arrijall selepas sekian lama xberkongsi coretan diri dan kisah2 tauladan samada semasa @ yg telah lepas. Tapi dingatkan disini ana bukanlah seorg blogger tegar seperti mana blogger tegar yang lain yg setiap detik mnceritakan kisah mereka. Alhamdulillah kali ini ana ingin berkongsi sedikit sebuah Perjalanan yang kian baru bermula bagi insan2 yang bergelar Mahasiswa n Mahasiswi terutamanya Arrijall Islam yang sedang Islam Nanti2 kan kemunculan Arrijall yang akan menyirnakan lagi Agama Allah dimuka bumi ini.

Perjalanan kehidupan setiap manusia dipenuhi dengan onak liku , dipenuhi dengan mehnah dan dugaan , kerana itulah yang mengajar kita yang menambahkan lagi pengalaman kita sebagai manusia lebih2 lagi apabila mereka yang benar2 percaya segalanya Ujian dari Allah swt dan insyAllah barakah dan rahmatNYA yang kita dambakan akan memberikan dan mendatangkan satu kesan yang cukup2 baik buat kita Arrijall. Kalau kita tengok setiap orang mahukan kejayaan dlm kehidupan masing2, tapi andai rebah dipersimpangan Jalan bangkitlah kembali dan jangan pernah berhenti untuk terus mencuba kerana dihujungnya akan terasa Manisnya Sebuah perjuangan andai diri kita antara Insan dan Hamba yang Allah cintai.. INGAT!!! Perjuangan Bukannya terletak pada kemudahan TETAPI Perjuangan terletak pada Kesungguhan. Ingat Allah Satu Kepastian. Ikhlaskan diri, jangan Mudah Marah, Sucikan hati kita dengan Alunan zikir. Allahuakbar3..

Sunday, 7 August 2011

Yang Mana satu Pilihan Arrijalll Setiap Hari BerPAHALA @ Setiap Saat Berdosa?

Alhamdulillah syukur pada Allah kurniakan Perasaan cinta kepada kita dan agar cinta kita kepadaNYA dan Rasulullah adalah melebihi dr segalanya. Wahai sahabat ana, Apakah bercinta itu berdosa??? Ada sebuah hadis, mari kita fikirkn :
    "Jgnlah seorg laki-laki berdua-duaan dgn seorg perempuan yg bukan Mahramnya. Dan janganlah seorg wanita keluar dgn lelaki kecuali ditemani mahramnya."
(BUKHARI MUSLIM)

Pertanyaan, apakh berkasih itu tdk berdua-duaan?? Adasebuah hadis yg layak untuk dibaca:

 "Sesungguhnya jika kepala salah seorg daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yg mnyala, itu masih lenih baik drp kamu menyentuh perempuan yg tidak halal bagimi."
(ATTABRANI&ALBAIHAQI)

Pertanyan sekali lagi, apakah dalm berkasih tdk ada saling menyentuh???
Alangkah indahnya bila kita dapat mengisi hari-hari kita dgn pahala. Memperbaiki diri dengan amalan sunnah Nabi. Kita Masih muda, masih kuat dan masih penuh dgn semangat.

Dan alagkah menyesalnya jika kita di masa muda, kita sudah mengumpul byk Dosa. Sedikit demi sedikit, hingga lambat laun jadi bukit. Kita berlindung kepada ALLAH swt.

Amiiinnn.........

Terjahh disebalik Arrijall mu'min

Alhamdulillah... syukur pada ALLAH kerna pertemukan 1buku yang banyak ibrah didalamnya. Judul buku ni NOTA SEORANG LELAKI arkib Pahrol M.Juoi.(same je tajuk blog ni ngn buku nie.hehehe) Apa yg menarik perhatian ana dalam buku ni adalah bentuk pencritaannya ada 4fokus utama iaitu anak, suami, ayah dan da'ie. OK, nk tau lebih lanjut silalah beli neh shbt2 ana sekalian. ok, cerita yg menarik perhatian ana iaitu mula2 kita fahami dulu arrijal mmg byk kali ALLAH sebut dalm Al-Quran kannn kgkwn?? bagi ana Arrijal mu'min dalam dirinya mmpunyai ciri2 yg terbaik iaitu mgmbil cth teladan dr Rasulullah saw, berakhlak mulia, belajar mencintai keikhlasan, tidak sombong n ana pasti antum semua sudah arif tentang ini. Jadi, apa yg ingin ana publishkan disini ialah kaitan apa yg diceritakan dalam buku ini dgn diri Arrijal. Adakah kita antara Arrijall yg dimaksudkan??? insyAllah.. Arrijal mmpunyai aliran ilmu samada ilmu duniawi@ukhrawi yg semakin hari semakin luar biasa. apa yg penting disini ialah semakin Tawadhuk seseorg itu, maka semakin byklah ilmu yg bakal diperolehi dan diwarisinya. kalau kita tengok sekeliling kita @ teman2 kita kdg2 ada yg boleh kongsi ilmu dan ada yg loket sikit kan. kadang2 ada yg ego laa, riak. Ilmu sangat penting kpd kita smua shnggakan ALLAH mngngkat drjat org yg berilmu tapi sejauh manakah ilmu yg kita ada kita praktikkan??? tepuk dada tanya diri sendiri laa.. jadi berbalik kepada title kita iaitu ARRIJALLL jadi sama2 lah kta muhasabah diri, pohon petunjuk dr Allah agar kita Adalah Arrijal yg dicintai ALLAH sehngga keakhirnya dan berdoalah padanya agar kita tidak sombong, ego, riak dan takbur dgn ilmu yg ada kerna segalanya adalah hakmilik mutlak ALLAH. INGAT PESANANSEORG ULAMA: DOSA YG MENYEBABKAN ENGKAU MENANGIS LEBIH BAIK DRP KEBAIKAN YG MENIMBULKAN RASA TAKBUR"  Salam Peringatan buat ana dan antum semua. wallau a'lam