WELCOME back with ana. Alhamdulillah syukur pada Allah swt
yang melimpahkan rezeki, hidayah dan nikmat iman, dan islam, selawat dan salam buat junjungan NABI SAW serta buat kita ummah
islam ummat yang TERBEKKKK… Alhamdulillah.
Bercakap pasal berDAKWAH, ataupun menyeru samaada ahli kluarga kita, kawan2
kita, org yg terdekat dgn kita @ masyarakat diluar kita kepada kebaikan, itu
adalah satu perkara yang MULIA, bukan? Ini di ibaratkan memberikan lilin yang
bercahaya kepada mereka yang berada dalam kegelapan NAMUN andai ada angina yang
meniup lilin tersebut, usah rapuh dan gusar teruskan usaha anda. Berbalik kepada
berDAKWAH tadi, mungkin tanggapan masyarakat diluar sana pendakwah memang
banyak berBERDAKWAH, betul? Tapi pernahkan kita fikirkan bahawa masyarakat kita
juga akan berfikir bahawa Pendakwah ni banyak berdakwah TAPI BELAJAR Hampehhhh… mungkin anda semua mengatakan alahhh kita tak
leh tutup mulut orang, kita just nasihat tapi depend pada dia, tapi bagi ana
mungkin apa yang difikirkan oleh masyarakat kita itu BENAR. Kita mesti
menyeimbangkan aktiviti berdakwah dengan masa menuntut ilmu kita. Ana juga
pernah menonton rancangan NASYID MINGGU INI Di TV 1, pada masa tu artis nasyid
jemputan mereka ialah KUMPULAN UNIC, abang Bazli and shbt2nya bgtau mereka berdakwah melalui
lagu nasyid tetapi JANGAN DILUPA MENUNTUT ILMU adalah satu kewajipan , kerana
mungkin masyarakat akan tanya Belajar macam mana?? Kalau kita lihat Tokoh2
islam dizaman Kegemilangan Islam Dulu, mereka juga berdakwah dan juga menuntut
ILmu sehingga tersohor diseantero dunia dan menjadi acuan buat orang bukan
islam. Sekarang Nampak , Bukan? Saya hanya
menulis sejarah mereka tetapi orang yang melakukan sejarah tidak pernah menulis
sejarah mereka. Jadi segalanya sidah terbentang didepan mata, ambik IBRAH
daripadanya MAFHUM daripada Firman Allah
swt: Mengembaralah kamu dimuka bumi ini, nescaya kamu akan mengambil IBRAH
daripadanya. besides,kita gunakan ilmu itu sebagai cara untuk kita berdakwah pada orang lain. Barulah menepati maksud BELAJAR kerana ALLAH. Lagipun, memang fitrah manusia lebih mempercayai orang berILMU! Maka, mudahlah amar makruf nahi munkar dijalankan oleh golongan macam kita ni.Tambahan pula, dengan ilmulah, taraf umat Islam dapat dinaikkan, takdelah orang kafir nak pandang rendah pada umat kita. Jadi kepada semua sahabat2 ana, fikir2kanlah, ikhlaskan diri dalam
menuntut ILMU dzaman yg penuh dgn mehnah, cabaran dan tribulasi ini. Moga Allah
kuatkan semangat kita semua untuk sama2 berdakwah dan mengembalikan
kegemilangan islam di muka Bumi Allah ini. Maafkan ana andai tersilap bicara,
tersasur kalam, terkesat bahasa. Yang baik dari Allah swt, yang kurang khilaf
diri ana. Wasalam. INGAT ALLAH.

