Tuesday, 3 April 2012

Keraguan INI...BerDAKWAH vs BELAJAR?


WELCOME back with ana. Alhamdulillah syukur pada Allah swt yang melimpahkan rezeki, hidayah dan nikmat iman,  dan islam, selawat dan salam buat junjungan NABI SAW serta  buat kita ummah islam ummat yang TERBEKKKK…  Alhamdulillah. Bercakap pasal berDAKWAH, ataupun menyeru samaada ahli kluarga kita, kawan2 kita, org yg terdekat dgn kita @ masyarakat diluar kita kepada kebaikan, itu adalah satu perkara yang MULIA, bukan? Ini di ibaratkan memberikan lilin yang bercahaya kepada mereka yang berada dalam kegelapan NAMUN andai ada angina yang meniup lilin tersebut, usah rapuh dan gusar teruskan usaha anda. Berbalik kepada berDAKWAH tadi, mungkin tanggapan masyarakat diluar sana pendakwah memang banyak berBERDAKWAH, betul? Tapi pernahkan kita fikirkan bahawa masyarakat kita juga akan berfikir bahawa Pendakwah ni banyak berdakwah TAPI BELAJAR Hampehhhh…  mungkin anda semua mengatakan alahhh kita tak leh tutup mulut orang, kita just nasihat tapi depend pada dia, tapi bagi ana mungkin apa yang difikirkan oleh masyarakat kita itu BENAR. Kita mesti menyeimbangkan aktiviti berdakwah dengan masa menuntut ilmu kita. Ana juga pernah menonton rancangan NASYID MINGGU INI Di TV 1, pada masa tu artis nasyid jemputan mereka ialah KUMPULAN UNIC, abang Bazli  and shbt2nya bgtau mereka berdakwah melalui lagu nasyid tetapi JANGAN DILUPA MENUNTUT ILMU adalah satu kewajipan , kerana mungkin masyarakat akan tanya Belajar macam mana?? Kalau kita lihat Tokoh2 islam dizaman Kegemilangan Islam Dulu, mereka juga berdakwah dan juga menuntut ILmu sehingga tersohor diseantero dunia dan menjadi acuan buat orang bukan islam. Sekarang Nampak , Bukan?  Saya hanya menulis sejarah mereka tetapi orang yang melakukan sejarah tidak pernah menulis sejarah mereka. Jadi segalanya sidah terbentang didepan mata, ambik IBRAH daripadanya  MAFHUM daripada Firman Allah swt: Mengembaralah kamu dimuka bumi ini, nescaya kamu akan mengambil IBRAH daripadanya. besides,kita gunakan ilmu itu sebagai cara untuk kita berdakwah pada orang lain. Barulah menepati maksud BELAJAR kerana ALLAH. Lagipun, memang fitrah manusia lebih mempercayai orang berILMU! Maka, mudahlah amar makruf nahi munkar dijalankan oleh golongan macam kita ni.Tambahan pula, dengan ilmulah, taraf umat Islam dapat dinaikkan, takdelah orang kafir nak pandang rendah pada umat kita. Jadi kepada semua sahabat2 ana, fikir2kanlah, ikhlaskan diri dalam menuntut ILMU dzaman yg penuh dgn mehnah, cabaran dan tribulasi ini. Moga Allah kuatkan semangat kita semua untuk sama2 berdakwah dan mengembalikan kegemilangan islam di muka Bumi Allah ini. Maafkan ana andai tersilap bicara, tersasur kalam, terkesat bahasa. Yang baik dari Allah swt, yang kurang khilaf diri ana. Wasalam. INGAT ALLAH.


No comments:

Post a Comment